RUU dilulus beri Sarawak autonomi besar pengurusan sumber asli

SARATOK: Isu mengenai pemiliharaan alam sekitar yang mampan dan tadbir urus sumber asli amat penting kepada Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata sebab itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berlangsung sekarang, satu Rang Undang-undang (RUU) telah diluluskan bagi memberi Sarawak autonomi yang lebih besar dari sudut kuasa kawalan penuh terhadap pengurusan sumber asli dan kawal selia pemuliharaan alam sekitar dan pencemaran.

“Kuasa ini adalah satu daripada 13 perkara pemerkasaan pentadbiran melalui reformasi perlembagaan sejak 2014 seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dari sudut ekonomi, seperti mana kita sedia maklum, Wilayah Sarawak sudah pun diiktiraf oleh Bank Dunia
sebagai wilayah berpendapatan tinggi tahun 2023.

“Pengiktirafan ini semestinya memberi kebanggaan tinggi kepada semua kita kerana ini jelas membuktikan bahawa dasar pembangunan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dibawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah pada landasan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan siri jelajah taklimat dan penerangan berkenaan Pelan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 kerajaan Sarawak di Dewan Masyarakat Sri Krian, baru-baru ini.

Mohamad Duri menambah, dengan itu pendapatan kasar Sarawak atau Gross National Income (GNI) per kapita Sarawak sudah mencapai tahap yang amat tinggi iaitu US17,000 atau sudah mencecah lebih RM70,000 pada tahun 2023.

“Namun, itu hanya manifestasi kejayaan ekonomi diperingkat negeri sahaja yang kita turut bangga sekali. Tetapi pencapaian kejayaan ini tidak mencukupi atau terhenti di situ sahaja.

“Maka kerajaan Sarawak komited untuk menterjemahkan GNI ini kepada usaha meningkatan pendapatan per kapita isi rumah menjelang 2030.
Hanya dengan itu kesejahteraan rakyat Sarawak akhirnya dapat ditingkatkan secara menyeluruh sejajar dengan matlamat untuk menjadi sarawak sebagai wilayah yang maju dan berpendapan tinggi dalam Malaysia menjelang 2030,” katanya.

Sementara itu, seramai 450 pemimpin akar umbi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka telah berkampung di Dewan Masyarakat Sri Krian bagi mengikuti siri jelajah taklimat dan penerangan berkenaan PCDS 2030 kerajaan Sarawak.

Majlis taklimat itu diadakan sempena Program Jangkauan Setiausaha Politik anjuran Pejabat Setiausaha Politik Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Saratok dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Kalaka itu telah dihadiri Ketua Penyelaras Program Jangkauan Setiausaha Politik kepada Premier, Abdul Samat Gany dan Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid.

Barisan penceramah-penceramah dari Pejabat Setiausaha Politik Jabatan Premier Sarawak adalah terdiri daripada Abdul Samat Gany, Dr Dayang Fifie Abang Abdul Karim, Abang Abdul Aziz Datuk Dr Abang Abdul Draup, John Nyigor yang masing-masingnya turut memberi penerangan berhubung aspirasi terkandung dalam PCDS 2030.

Penceramah lain yang turut memberi penerangan termasuk Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC), Mutiara Mortgage & Finance, Kementerian Utiliti dan Komunikasi (MUT) Sarawak, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT