Tanam kenaf 2,000 hektar di Segading, Sessang

KABONG: Majlis lawatan tapak untuk projek kilang dan ladang tanaman kenaf di Segading, Sessang Fasa 1 seluas 2,000 hektar telah dianjurkan oleh anak syarikat tempatan, Syarikat PJM Kabong kerjasama dengan syarikat dari Korea, telah diadakan dekat sini baru-baru ini.

Pengarah Syarikat PJM Kabong, Mohd Yussof Rahmad yang dibantu oleh Charles John Antau menyediakan pertumbuhan ekonomi luar bandar dan sumbangan sektor agromakanan terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara serta peningkatan tahap pendapatan pengeluar yang disokong dengan pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) melalui strategi dan pelan tindakan yang akan direalisasikan melalui pelbagai jabatan dan agensi.

Kerjasama strategik ini menarik pelaburan modal asing sehingga AS50 juta (RM200 juta) untuk mempercepat pertumbuhan syarikat perintis tempatan di Sarawak.

Sekaligus mendukung seruan DAN 2.0 yang dibangunkan tiga prinsip utama pambangunan mampan iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Ini selari dengan matlamat global seperti dalam Agenda Pembangunanan Mampan 2030. 

“Banyak peluang pekerjaan akan wujud untuk penduduk setempat terutamanya bagi penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dan DUN Kalaka. 

“Strategi DAN 2.0 akan fokus kepada aktiviti bernilai tinggi di sepanjang rantaian nilai projek yang dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada golongan sasar dan meningkatkan taraf sosioekonomi petani, penternak, nelayan dan usahawan tani. 

“Besarlah harapan saya agar projek ini dapat berjalan lancar dengan jayanya,” kata Pengarah Syarikat PJM Kabong, Mohd Yussof Rahmad.

Turut hadir ialah wakil daripada Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Tsong Chow Choon; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) daripada Kementerian Perladangan dan Komoditi, Mohd Fadzhel Mohd Nasir; Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Selain itu, program itu majlis itu turut dihadiri oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Kaunselor Majid Amit; wakil Pengurus Syarikat MK KENAF SDN. BHD, Song Keun Sik; Pengurus Sarawak Plantation Development, Lau Koh Ching.

Turut memberikan banyak sokongan dan bantuan kepada Syarikat PJM Kabong iaitu Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT