Angkat semula martabat sukan sepak takraw di Sri Aman

SIMANGGANG: Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman (PESTASA) yang baharu, Awangku Hafizi Awang Azahari komited untuk mengangkat semula martabat sukan sepak takraw di bahagian itu.

Katanya Bahagian Sri Aman berupaya menjadi ‘kilang’ pemain muda berkualiti serta berbakat dalam sukan tradisi sepak takraw di negeri ini.

Beliau turut mengimpikan satu hari kelak bahagian itu berjaya melahirkan ramai pemain muda yang berjaya mengangkat martabat sukan sepak takraw hingga ke peringkat tertinggi.

“Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada PESTASA kerana telah memilih saya untuk menerajui kepimpinan persatuan ini, dan saya berhasrat menjadikan Bahagian Sri Aman sebagai bahagian pengeluar pemain-pemain sepak takraw bertaraf antarabangsa suatu hari nanti.

“Oleh itu, misi pertama untuk tahun 2025 kita akan mula memfokuskan pembangunan akar umbi dan program latihan, program kejurulatihan, penganjuran pertandingan sama ada secara terbuka atau berkala dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya Pertandingan Sepak Takraw Raja Libas Simanggang’ 2024 Edisi 3 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, baru-baru ini.

Awangku Hafizi berkata ketika ini pihaknya telah melakukan persediaan menghantar pasukan Sri Aman ke Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak yang bakal diadakan di Samarahan, tahun depan.

“Pihak kita (PESTASA) akan memantau bakat-bakat baharu pemain muda yang ada di seluruh Bahagian Sri Aman dan akan membuat pemilihan pemain untuk persediaan ke Piala Sarawak 2025.

“Insya-Allah kita akan menganjurkan klinik sepak takraw Sri Aman bersama idola takraw terkemuka, yang terdiri daripada pemain utama negara, negeri serta bekas pemain. Pemain idola tersebut akan dijadikan sebagai mentor kepada mentee yang merupakan bakat-bakat baharu yang akan digilap di bahagian ini nanti.

“Kita percaya ilmu dan tunjuk ajar kepada pemain muda ini penting kerana merekalah yang akan mewakili negeri suatu hari nanti dan seterusnya menyarung jersi kebangsaan di persada antarabangsa.

“Apa yang penting, kita (PESTASA) mahu menaikkan martabat sukan sepak takraw di bahagian ini agar ia setanding dengan bahagian-bahagian lain,” katanya.

Dalam pada itu, Awangku Hafizi berkata pihaknya turut menyasarkan program kejurulatihan yang akan memberi peluang kepada bakal-bakal jurulatih sepak takraw mengambil lesen dengan kerjasama dengan Persatuan Sepak Takraw Sarawak dan agensi sukan negeri serta Persekutuan.

“Saya berharap PESTASA terus kekal
relevan dan menjadi tunjang utama aktiviti sukan tradisi sepak takraw di bahagian Sri Aman dengan kerjasama semua ahli-ahlinya,” tambahnya.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT