ADUN Kabong kecewa pelaksanaan Koridor Sungai Seblak

PETRA JAYA: Dato Mohd Chee Kadir (GPS-Kabong) melahirkan kekecewaan terhadap status pelaksanaan projek Pemulihan Koridor Sungai Seblak yang sehingga kini belum ada sebarang tindakan daripada agensi pelaksana.

Beliau berkata kerap menerima aduan daripada pekebun-pekebun kecil yang terjejas akibat kejadian ini.

“Sehingga kini, projek yang sepatutnya sudah bermula, namun saya telah dimaklumkan projek ini masih lagi dalam peringkat reka bentuk walaupun pihak konsultan telah dilantik pada 2022.

“Saya berasa amat kecewa kerana sehingga kini, tiada sebarang tindakan daripada pihak agensi pelaksana iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak untuk mengelakkan koridor ini runtuh walaupun seringkali membuat aduan bertulis kepada agensi yang dipertanggungjawabkan,” katanya ketika membahas tentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, baru-baru ini.

Chee Kadir berkata pada 30 Oktober lepas, telah diadakan satu lawatan bersama hampir keseluruhan peringkat tertinggi agensi berkenaan, menjanjikan kepada beliau beberapa perkara yang akan disegerakan antaranya ialah, ‘creak closure’ akan dilaksanakan untuk jalan-jalan yang telah rosak serta kerja penambah baikan untuk jalan-jalan yang setengah rosak.

“Namun sehingga hari ini, janji tinggal janji, oleh yang demikian, sekali lagi saya ingin merayu serta menyeru dan memohon tindakan pada kadar segera kepada agensi berkenaan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek berkenaan memandangkan keadaan kini sudah tenat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chee Kadir mencadangkan agar penduduk terutamanya kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diberikan lesen untuk memburu atau menangkap buaya.

“Peningkatan jumlah populasi buaya di Sarawak terutamanya di kawasan DUN N.40 Kabong semakin bertambah dimana ia bakal meningkatkan risiko berlaku konflik antara manusia dengan reptilia berkenaan.

“Pertambahan populasi buaya yang semakin membimbangkan penduduk, malah memerlukan perhatian AGENSI berkaitan. Nelayan yang menjadikan sungai sebagai punca rezeki MENJADI takut dengan kehadiran buaya itu sekali gus ia menjejaskan pendapatan mereka,” katanya.

Selain itu, Chee Kadir mahu jawatan Pemanca diwujudkan di daerah Kabong memandangkan Kabong telah dinaik taraf sebagai daerah penuh pada tahun 2015 dan meminta segera diluluskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

“Jawatan pemanca terdiri daripada Melayu, Iban dan Cina perlu diwujudkan di kawasan DUN N.40 Kabong, setakat ini DUN Kabong mempunyai seramai tujuh orang penghulu yang terdiri daripada penghulu Melayu, Iban dan Cina,” katanya.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT