RM5.5 juta bina jeti nelayan di Kampung Gerigat

KUCHING: Peruntukan berjumlah RM5.5 juta diperuntukkan bagi projek membina baharu jeti nelayan di Kampung Gerigat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata projek tersebut adalah antara 16 projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menerusi Sektor Pembangunan Perniagaan, Industri dan Usahawan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

“Peruntukan yang telah diluluskan Kerajaan Sarawak bagi melaksanakan projek membina baharu jeti nelayan ini bakal memberi manfaat kepada para nelayan sekitar terutamanya di Kampung Gerigat.

“Projek membina baharu jeti nelayan di Kampung Gerigat ini bakal dilaksanakan pada tahun depan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Chee Kadir telah melakukan perbincangan ringkas bersama wakil agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, dan pihak GRE Konsultan berkenaan projek tersebut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam.

Beliau berkata pelaksanaan projek-projek ini merupakan permintaan daripada penduduk kampung dan nelayan yang mahukan jalan penyelesaian kepada masalah dan kekurangan yang berlaku di kampung-kampung mereka.

“Pembinaan jeti baharu itu nanti adalah bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penduduk kampung serta golongan nelayan untuk memunggah hasil laut mereka,” katanya.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT