Bangkai paus ditemui berhampiran Jambatan Triso

TRISO: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengesahkan bangkai ikan paus ditemui berhampiran Jambatan Triso di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SFC di laman media sosial Facebook hari ini menjelaskan, ia susulan usaha pencarian telah dimulakan selepas video tular menarik perhatian umum.

“Penilaian awal mendedahkan bahawa bangkai mamalia itu berada dalam keadaan penguraian dan berada di ambang perpecahan.

“Pada masa ini, ia tersangkut pada jeriji dan hanya boleh diambil semasa air pasang,” katanya.

SFC berkata, bangkai paus yang ditemui itu dipercayai adalah dari jenis Paus Baleen dewasa.

“Mamalia ini berukuran kira-kira 10 meter (m) panjang, dengan ukur lilit sekitar 2.8 m dan kira-kira 50 alur tekak.

“Pasukan Veterinar dan Forensik SFC dengan kerjasama Jabatan Muzium akan mengumpul kesemua rangka tulang mamalia tersebut pada esok untuk analisis lanjut,” katanya.

Terdahulu, Selasa lalu nelayan di sini gempar apabila menemui bangkai seekor ikan paus terapung di perairan Sungai Batang Lupar dekat Kampung Pulau Seduku ketika hendak turun menangkap ikan.

Dua hari selepas itu, bangkai ikan paus itu ditemui semula di kawasan Feri Sungai Triso, dekat Jambatan Batang Lupar.

Mamalia itu pertama kali dijumpa di perairan Batang Lupar, dipercayai tersesat sebelum dibawa arus semasa air pasang besar sebelum memasuki perairan Sungai Batang Lupar.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT