Harden pantau perkembangan penduduk dilaporkan hilang

SRI AMAN: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis telah turun padang bagi memantau perkembangan pencarian seorang penduduk dari Rumah Ringgit, Ibol Undop, dekat sini semalam.

Mangsa, Niang Lasa, 75, yang telah dilaporkan hilang sejak pagi Rabu lalu, ketika keluar rumah dilaporkan hilang sejak Rabu lalu di kebunnya dalam kejadian di Sungai Raya, Ibol dekat Undop.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berharap agar keluarga mangsa bersabar dan berdoa agar mangsa dapat ditemui dengan selamat.

“Sama-sama kita mendoakan agar mangsa, Niang Lasa dapat ditemui semula dalam keadaan selamat dan kembali ke pangkuan keluarganya,” katanya.

Harden berkata untuk rekod 10 tahun yang lepas terdapat juga kes orang hilang dalam hutan bernama Kapil Jengkai sehingga sekarang masih tidak ditemui dan kes ini merupakan yang kedua membabitkan penduduk kampung yang sama.

Dalam pada itu, Ketibaan Harden di pusat kawalan bomba (PKB) disambut oleh Asisten Superintendan (ASP) Leonard Mallaca selaku komander operasi seterusnya menyampaikan taklimat mengenai perjalanan operasi.

Terdahulu, seorang lelaki warga emas dikenali Niang Lasa yang berusia 75 tahun dilaporkan hilang sejak Rabu lalu di kebunnya dalam kejadian di Sungai Raya, Ibol dekat Undop.

Beliau sebelum itu sempat memberitahu keluarganya beliau mahu pergi ke kebun miliknya di Sungai Raya Ibol.

Mangsa difahamkan menghidapi sejarah sakit jantung. Semasa keluar rumah mangsa tidak menggunakan baju dan hanya menggunakan seluar panjang dan membawa parang.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT