Perkhidmatan KTSA River Cruise sepanjang Pesta Benak 2024

SIMANGGANG: Perkhidmatan KTSA River Cruise bagi pengunjung menelusuri Sungai Batang Lupar akan disediakan ketika Pesta Benak 2024 di sini, mulai 28 November hingga 1 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Kampung Tengah Sri Aman, Kiffle Morni berkata, dengan kerjasama Jawatankuasa Nelayan Kampung Tengah sebanyak 12 bot akan disediakan bagi perkhidmatan itu bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

“Pakej ditawarkan KTSA River Cruise ialah sejauh tiga kilometer (km) dari Jeti Nelayan Kampung Tengah ke Dermaga Lubok Sapi hingga ke Jambatan Batang Lupar 2 dan berpatah balik ke Jeti Nelayan Kampung Tengah,” katanya.

Kiffle berkata, sebuah bot akan menampung seramai lapan penumpang pada satu-satu masa dan keselamatan penumpang akan sentiasa dititikberatkan terutamanya mewajibkan penggunaan jaket keselamatan.

“Harga RM15 dikenakan untuk penumpang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak sepanjang acara saringan diadakan,” katanya.

Manakala, bagi pertandingan akhir Regata Benak bagi merebut gelaran Raja Sungai Batang Lupar serta acara akhir marathon harga terbabit adalah berlainan iaitu untuk dewasa sebanyak RM20.

Katanya, pengunjung boleh mendapati tiket tersebut di kaunter Jeti Nelayan Kampung Tengah Sri Aman atau boleh menghubungi beliau ditalian (019-7398780) untuk maklumat lanjut.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT