‘Langko’ di Tebingan Sungai Batang Lupar

SIMANGGANG: ‘Langko’ atau pondok bermalam mula dibina di Tebingan Sungai Batang Lupar sempena Pesta Benak 2024 di sini yang bermula Jumaat ini.

Tinjauan hari ini mendapati penduduk dari pelbagai kawasan seperti Ulu Skrang, Engkilili, Undop dan sekitarnya membina ‘langko’ sekitar tebingan itu dekat Kampung Tengah dan Kampung Hilir.

‘Langko’ terbabit menjadi tempat tinggal mereka sepanjang empat hari penganjuran pesta kerana kebiasaannya hotel, rumah tumpangan atau inap desa di sekitar bandar itu akan habis ditempah.

Ada juga pemilik mengambil peluang menjual makanan dan minuman di hadapan langko mereka.

Langko tersebut akan dirobohkan sebaik sahaja selesai semua acara sepanjang tempoh tersebut.

Ketua Kampung Tengah Sri Aman, Kiffle Morni berharap penduduk yang mendiami langko tersebut hendaklah menjaga kebersihan dan keselamatan sepanjang Pesta Benak 2024.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT