Pertandingan menimang bola raga 21-22 Disember ini

SIMANGGANG: Jawatankuasa Pengurusan Surau Islam Kampung Hulu, Simanggang dengan kerjasama JKKK Kampung Lemanak dan Kelab Sepak Raga Seri Lemanak Simanggang akan menganjurkan Pertandingan Menimang Bola Raga 2024.

Menurut jurucakap penganjur berkata pertandingan itu akan diadakan pada 21 dan 22 Disember di Dewan Seri Lemanak, Jalan Kampung Stawang.

“Pertandingan Menimang Bola Raga ini hanya terbuka kepada anak-anak yang berasal dari kawasan Lemanak meliputi Kampung Hulu dan Kampung Tengah, kawasan Ladong meliputi Kampung Hilir dan Kampung Sembau dan juga Kampung Muhibbah Simanggang,” katanya.

Jurucakap penganjur berkata sistem pertandingan ini adalah secara individu atau solo.

“Sebanyak dua kategori yang dipertandingkan iaitu bawah umur 12 tahun (lahir tahun 2012 dan selepas) dan kategori bawah 17 tahun (lahir tahun 2007 dan selepas).

“Penyertaan hanya terhad kepada peserta lelaki sahaja, dan yuran penyertaan adalah percuma.

“Tarikh tutup menghantar penyertaan pertandingan ini adalah pada 18 Disember 2024 (Rabu),” katanya.

Dalam pada itu, Pertandingan Menimang Bola Raga menyediakan hadiah kepada sang juara iaitu RM100 dan pingat, naib juara RM70 dan pingat manakala RM50 dan pingat ditempat ketiga.

Untuk keterangan lanjut pertandingan dan pendaftaran bolehlah menghubungi pihak penganjur ditalian 010-978 7797 (Karim Jol); 011-2511 9697 (Abang Suffian) dan 014-289 0254 (Abam).

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT