Program bual bicara getah bagi kawasan Ulu Awik

SARATOK: Satu Program Bual Bicara Getah bagi kawasan Ulu Awik telah diadakan di Dewan Dayak, Saratok semalam.

Program tersebut adalah anjuran Lembaga Perindustrian Getah Sarawak (SARIB) yang melibatkan tuai-tuai rumah dan penduduk di kawasan Awik. Ceramah telah disampaikan oleh Pengurus Besar SARIB, Make Jiwan dan Hasnizam selaku Pengarah Al Bina Development Sdn. Bhd.

Menurut kenyataan SARIB, penerangan tersebut berkenaan dengan hala tuju industri getah Sarawak, konsolidasi kebun getah melalui sewaan kebun getah oleh pihak swasta.

Disini, pihak Al Bina Development Sdn Bhd. selaku pihak syarikat yang akan menyewa kebun getah yang terbiar dari pihak peserta projek dan SARIB membantu dalam teknikal Dan konsultasi.

Melalui program ini, kebun getah disewa dengan kadar RM200 hingga 250 setiap hektar berdasarkan jumlah pokok getah matang yang masih hidup.

Pihak syarikat akan mengurus kebun dan mengutip hasil getah. Selain daripada sewaan, pemilik tanah getah juga digalakkan bekerja bersama syarikat untuk mendapat pendapatan yang yang lebih.

Ini kawasan pertama yang dIkonsolidasikan untuk memastikan kebun getah mengeluarkan hasil dan memastikan bekalan getah negara meningkat. Bagi projek pertama ini, ia melibatkan kawasan seluas 144 hektar dan akan diperkembangkan diseluruh kawasan Ulu Awik.

Bagi kawasan lain pula, usaha sedang dilakukan untuk mengenalpasti pelabur yang bersesuaian dan berkemampuan untuk melakukan projek ini bersama dengan SARIB.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada inisiatif pihak SARIB untuk mengadakan libat urus bersama penduduk di kawasan Awik.

“Ia sekaligus bagi mencari jalan bagaimana hendak mengusahakan tanaman getah tersebut untuk faedah pekebun-pekebun getah yang terlibat.

“Semoga dengan usaha ini, satu keputusan dapat dibuat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peserta dan sekaligus dapat membantu meningkatkan pendapatan kepada peserta secara tetap dan mampan,” katanya.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT