60 peratus masa anak dihabiskan dirumah dengan gajet

ROBAN: Terdapat banyak bahan dalam layar teknologi dunia sekarang amat mencabar sehingga ia boleh memesongkan akidah seseorang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata seperti contoh teknologi kecerdasan buatan (AI) merupakan satu teknologi terkini yang dicipta oleh manusia tapi boleh membantu manusia menjadi terbaik atau sebaliknya.

“Ia boleh menjadi malapetaka yang dahsyat jika tidak dikawal selia terutama kita sebagai ibu bapa.

“Kita tidak dapat lari dari kemajuan teknolgi ini tetapi kita berupaya mengawalnya dengan adalah ilmu yang tinggi serta kebijaksanaan hukum agama sebagai aras imbang antara dunia dan kehidupan akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-Sekolah Zon Roban Tahun 2024/1445H bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Lichok dekat sini hari ini.

Mohamad Duri turut mengingatkan ibu bapa pelajar agar sentiasa memantau gerak-geri anak mereka bermula dari sekolah rendah lagi kerana banyak kes pelanggaran disiplin berlaku dari umur muda seperti yang kita lihat seperti yang dilaporkan di media masa elektronik dan bercetak.

“Pengaruh rakan sebaya sekarang telah menjadi kurang, tidak seperti dulu bila anak-anak masih bergaul dan main bersama tetapi ketika ini masa anak-anak kita 60 peratus dihabiskan dirumah dengan gajet yang ada,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Duri menyeru kepada sokongan ibu bapa dan guru bersama dalam memastikan anak-anak ini sentiasa tekun dalam menimba ilmu pengetahuan agar mampu merebut peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak.

“Pelbagai inisiatif kerajaan Sarawak demi pembangunan pendidikan terutamanya di Sarawak dan peluang yang terbuka luas kepada anak-anak Sarawak perlu bijak merebut peluang tersebut,” katanya.

Sementara itu, seramai sembilan orang pelajar dari empat buah sekolah dari Zon Roban telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran kali ini. Di antaranya ialah tiga orang pelajar dari SK Lichok Roban, tiga pelajar dari SJKC Chung Hua, dua pelajar dari SK Sungai Pasir dan seorang pelajar dari SK Brayang.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong