Lumba perahu ‘Gaya Sambas’ bakal jadi tumpuan RFF 2024

SARATOK: Acara lumba perahu bidar 10 pekayuh ‘Gaya Sambas’ bakal menjadi acara tumpuan dalam Jaguh Lumba Perahu Sungai Seblak sempena Festival Makanan Roban (RFF) 2024 yang berlangsung pada 14 hingga 15 Disember ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata sebanyak 16 pasukan bakal berentap memburu gelaran kejuaraan.

“RFF pada tahun ini menjanjikan acara menarik kepada para pengunjung apabila acara lumba perahu Gaya Sambas adalah julung kali diadakan di Sungai Seblak yang mempunyai keunikannya tersendiri.

“Format acara lumba perahu yang berlangsung secara satu lawan satu ini merupakan pertama kalinya diadakan di Sarawak di dalam acara sukan lumba perahu bidar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan sesi taklimat mengenai penganjuran Jaguh Lumba Perahu Sungai Seblak sempena Festival RFF 2024 bertempat di Pejabat Khidmat DUN Kalaka dekat sini hari ini.

Mohamad Duri berkata pada acara lumba perahu Gaya Sambas Sungai Seblak ini nanti, hanya perahu bidar 10 pekayuh akan dipertandingkan.

“Raja Sungai Seblak akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan sebuah piala. Di Sungai Seblak sempena RFF 2024 turut diadakan dengan acara selingan lain seperti pertandingan memancing tarik tali dalam perahu dan acara karaoke bagi memeriahkan lagi RFF 2024,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat tempatan dan sekitarnya hadir ke penganjuran RFF bagi memeriahkan lagi suasana serta memenangi cabutan bertuah yang merupakan sebuah motosikal yang diadakan di Pentas Utama RFF 2024 di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Melayu Roban.

Dalam pada itu, sesi taklimat telah disampaikan oleh Kaunselor Kasdi Pandi merangkap Ketua Jawatankuasa Teknikal acara Lumba Perahu Gaya Sambas Sungai Seblak 2024. Turut hadir Setiusaha Kehormat PBB Cawangan N.38 Kalaka, Gapor Ahmad dan Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan N.38 Kalaka, Harjam Jamain.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT