Tanah susur di belakang Rumah Jackison Erry, Ulu Roban

ROBAN: Penghuni di Rumah Jackison Erry, Ulu Roban kini berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan runtuhan yang berlaku di kawasan bukit belakang rumah panjang terbabit, semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok Leftenan (PA) Nur Athirah Batu berkata pihaknya telah menerima panggilan daripada Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban berhubung kejadian tanah susur tersebut.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlakunya kejadian tanah susur dibelakang rumah milik seorang penduduk di rumah panjang terbabit.

“Anggota APM mendapati sebuah reban ayam milik seorang penghuni rumah panjang itu telah terjejas akibat runtuhan tersebut dan dinding hujung bilik penghuni hampir terkena runtuhan.

“Anggota turut memeriksa keadaan di sekeliling dalam rumah tersebut dan tiada melihat sebarang rekahan di dinding bilik rumah panjang itu,” katanya.

Nur Athirah berkata menurut apa yang dikatakan pengadu beliau menyedari kejadian runtuhan di belakang rumahnya itu semasa beliau hendak keluar memberi makan ayam dan turut memberitahu runtuhan tersebut disebabkan hujan yang tanpa henti sejak dari petang semalam hingga ke pagi ini.

Dalam pada itu, katanya anggota APM Saratok telah memasang pita keselamatan supaya penduduk rumah panjang sentiasa berhati-hati kerana masih ada pergerakan tanah dan berkemungkinan untuk runtuh.

“Anggota APM telah menasihati penghuni rumah panjang yang terlibat agar lebih peka dengan keadaan sekeliling dan berpindah dengan segera sekiranya berlaku lagi kejadian tersebut,” katanya.

Nur Athirah menambah, insiden tersebut tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan, dan jika ada sebarang kes kecemasan, sila hubungi nombor talian kecemasaan PKOD Saratok ditalian 011-31413012 atau 083-436094.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong