Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Harmoni akan memperbanyakkan aktiviti melibatkan golongan muda agar golongan ini tahu akan peranan masing-masing dalam KRT.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Harmoni, Hajimalie Morshidi berkata adalah wajar golongan ini dilibat bersama dalam program KRT kerana ia peluang belajar serta menimba pengalaman.

“Justeru, pihak kita amat memandang berat akan perkara ini, dan pihak kita mahu lebih ramai penyertaan orang muda daripada golongan belia dalam KRT bagi memastikan keberkesanan penubuhannya sebagai penggerak perubahan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, satu pertandingan futsal Jiran Muda KRT Taman Harmoni telah diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli KRT dan Jiran Muda KRT Taman Harmoni.

Hajimalie berkata fungsi dan peranan KRT sebagai ejen dan penggerak usaha menyatupadukan rakyat perlu diaktifkan berterusan dengan lebih berkesan seiring dengan keperluan semasa.

“Kita lihat sebahagian besar pemimpin dan anggota KRT ini dari dalam kalangan orang lama, jadi sebaiknya ditingkatkan penyertaan orang muda untuk sama-sama bergabung dengan pemimpin lama menggerakkan KRT di Taman Harmoni ini dengan lebih berkesan,” katanya.

Hajimalie menambah, program KRT bukan hanya difokus kepada satu peringkat umur sahaja sebaliknya perlu melibatkan semua peringkat umur.

“Apa yang penting belia kita jangan sesekali ditinggal dalam apa jua program,” tambhanya.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT