Peranan besar Parti PBB pertahankan hak Sarawak

DEBAK: Sebagai komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menerajui kerajaan Sarawak pada hari ini, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai tanggungjawab dan peranan besar dan penting mempertahankan hak Sarawak dan rakyatnya berlandaskan undang-undang yang masih terpakai dan sah sehingga kini.

Naib Yang di-Pertua Parti PBB, Dato Sri Julaihi Narawi berkata semua pihak di negara kita Malaysia wajib menghormati undang-undang di Sarawak.

“Di antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang Ordinan Pengagihan Gas 2016 yang membolehkan kerajaan Sarawak melantik Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai aggregator gas tunggal di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti PBB Cawangan N.35 Saribas di Dewan Millennia, Debak semalam.

Julaihi pada masa yang sama berkata, sudah tiba masanya PBB mengusulkan supaya sejarah penubuhan Malaysia dan perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diperkenalkan sebagai mata pelajaran wajib di semua peringkat sekolah dan universiti di seluruh Malaysia.

“Wajib diambil dan lulus oleh semua pelajar termasuk pelajar asing yang belajar di Malaysia.

“Penting supaya semua rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan yang jelas dan faham akan keadaan dan fakta serta undang-undang yang masih terpakai dan sah sehingga kini,” katanya.

Julaihi menyatakan PBB perlu mempertahankan perpaduan yang wujud sejak sekian lama antara semua kaum dalam parti PBB.

“Malah kita mesti terus mengukuh dan mempertahankan tahap disiplin tinggi dalam parti supaya PBB terus berkeupayaan dan relevan untuk menjalankan tanggungjawab penting dalam kerajaan GPS Sarawak,” katanya.

Hadir sama Ketua Cawangan N.35 Saribas Datuk Mohammad Razi Sitam, Ketua Cawangan N.33 Engkelili, Dato Dr. Richard Rapu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohamad Duri serta ketua masyarakat.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT