450 pemimpin akar umbi hadiri taklimat PCDS 2030

SARATOK: Sekitar 450 pemimpin akar umbi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka telah berkampung di Dewan Masyarakat Sri Krian, bagi mengikuti siri jelajah taklimat dan penerangan berkenaan Pelan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 kerajaan Sarawak, baru-baru ini.

Program ini merupakan satu inisiatif penting dalam menyebarluaskan usaha kerajaan Sarawak agar diketahui rakyat terutama di luar bandar.

Dalam pada itu, para peserta adalah terdiri daripada pemimpin masyarakat seperti ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli- ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Majlis taklimat itu diadakan sempena Program Jangkauan Setiausaha Politik anjuran Pejabat Setiausaha Politik Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Saratok dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Kalaka itu telah dihadiri Ketua Penyelaras Program Jangkauan Setiausaha Politik kepada Premier, Abdul Samat Gany dan Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid.

Barisan penceramah-penceramah dari Pejabat Setiausaha Politik Jabatan Premier Sarawak adalah terdiri daripada Abdul Samat Gany, Dr Dayang Fifie Abang Abdul Karim, Abang Abdul Aziz Datuk Dr Abang Abdul Draup, John Nyigor yang masing-masingnya turut memberi penerangan berhubung aspirasi terkandung dalam PCDS 2030.

Penceramah lain yang turut memberi penerangan termasuk Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC), Mutiara Mortgage & Finance, Kementerian Utiliti dan Komunikasi (MUT) Sarawak, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sesi pertama dimulakan dengan taklimat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada jam 9 pagi, seterusnya sesi kedua taklimat PCDS 2030 oleh John Nyigor, taklimat perancangan projek dan perkhidmatan utiliti oleh wakil MUT.

Selain itu, taklimat telekomunikasi oleh pihak SKMM, taklimat bekalan air terawat oleh MUT dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) serta taklimat bekalan elektrik oleh MUT dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Sesi ketiga inisiatif kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak oleh Dr Dayang Fifie Abang Abdul Karim.

Pada sesi petang pula iaitu sesi ke-4, taklimat berkaitan Ekonomi Hijau Sarawak yang disampaikan oleh dua penceramah iaitu Abdul Samat Gany dan Abang Abdul Aziz Datuk Dr Abang Abdul Draup bermula jam 2.15 petang.

Selepas itu, bantuan kewangan pembelian perumahan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd, Awang Irwan Awang Shawal dan taklimat projek perumahan dan bantuan kewangan sewaan perumahan oleh penceramah dari Pejabat Tanah Dan Survei Abang Zaidan Abang Abang Abdul Rahim.

Sementara, penutupan pada sebelah petang akan dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Dato Fazruddin Abdul Rahman.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT