
SIMANGGANG: Gandingan Morris Omar dan Malcom Duhim daripada Simanggang Legacy muncul juara Pertandingan Souble Dart sempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga di Dewan Anjung Merpati, petang Ahad lalu.
Dalam perlawanan akhir yang sengit itu, Morris dan Malcom menewaskan pasangan daripada Kuching, War’15 Empire, Mohd Rathaludin dan Mohd Nizam dengan kiraan mata 4-3 pada perlawanan akhir yang mempertemukan antara kedua-dua pasukan.

Dengan kejuaraan itu, pasangan dari Simanggang Legacy yang muncul juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,200 berserta piala dan pingat, manakala pasangan daripada pasukan War’15 Empire yang muncul naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM600, piala dan pingat.
Dalam pada itu, pasukan TSC Bestari dan Kasoul Remix muncul sebagai pemenang ditempat ketiga bersama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM400, piala dan pingat.

Sementara itu, pemain daripada pasukan War’15 One Peace, Taufiq Aslam merangkul anugerah daftar keluar tertinggi (150 mata), manakala pemain pasukan War’15 Empire, Mohd Rathaludin merangkul anugerah mata terbanyak (180 mata keatas) dan masing-masingnya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100.
Pasukan yang menduduki tempat kelima sehingga kelapan tidak pupang tangan kosong apabila membawa hadiah wang tunai RM100 dan pingat.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.
Dalam pada itu, Pertandingan Double Dart sempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga itu telah disertai sebanyak 48 buah pasukan daripada kawasan Lingga (12 pasukan); Pantu (3 pasukan); Sri Aman (8 pasukan); Saratok (5 pasukan); Sarikei (2 pasukan) dan Kuching (8 pasukan).
“Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan peserta-peserta yang melibatkan diri dalam aktiviti sempena Karnival Belia DUN N.28 Lingga pada kali ini,” kata Dayang Noorazah.