Aqib X Kampung Boy FC tunjuk belang

SIMANGGANG: Pasukan Aqib X Kampung Boy FC dinobat sebagai juara dalam aksi perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Karnival Belia Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga di Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini.

Dalam aksi perlawanan akhir itu, skuad Aqib X Kampung Boy FC pimpinan Alfian Abu Bakar itu berjaya menewaskan DLS FC dengan jaringan 1-0.

Penyerang Aqib X Kampung Boy FC, Ikmal Hakim muncul wira apabila melakukan jaringan pada minit ke-11, sekaligus mengesahkan kejuaraan sulung bagi pasukan mereka pada edisi pertama kanival tersebut dianjurkan.

Kejayaan itu membolehkan Aqib X Kampung Boy FC membawa pulang wang tunai RM2,500, piala beserta pingat.

DLS FC yang muncul sebagai naib juara menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 termasuk piala dan pingat.

Pasukan Battosai X Fuhai dan Datus United muncul sebagai pasukan berada ditempat ketiga bersama dan kedua-dua pasukan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Dalam pada itu, sebanyak lapan pasukan telah menyertai Pertandingan Bola Sepak Karnival Belia DUN Lingga yang telah bermula Jumaat lalu.

Antaranya ialah Pemuda PBB; Datus United; Battosai X Fuhai; Sahara United; SNF FC; Aqib X Kampung Boy; DLS FC dan LA United.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT