Sumbangan kepada anggota tentera yang berugas di Pesta Benak 2024

SIMANGGANG: Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan Komuniti MADANI Kampung Lemanak telah menghulurkan sumbangan kepada anggota tentera yang bertugas semasa penganjuran Pesta Benak 2024.

Menurut Ketua Kampung Lemanak, Jamali Hamden berkata sumbangan berupa air minuman dan makanan kepada anggota tentera itu adalah bagi menghargai sumbangan penat lelah diatas penugasan sepanjang empat hari pesta tersebut berlangsung.

“Ia sekaligus merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) JKKK serta Komuniti MADANI Kampung Lemanak bagi menyatakan ucapan terima kasih kepada anggota tentera yang bertugas.

“Kita berharap sumbangan yang disampaikan itu dapat dimanfaatkan kepada petugas menjalankan tanggunjawab mereka bagi melancarkan penganjuran Pesta Benak 2024,” katanya.

Jamali berkata walaupun sumbangan yang disampaikan itu tidak seberapa namun ia diyakini akan memberi makna yang besar kepada petugas-petugas terbabit.

“Justeru kita harus menghargai sumbangan yang diberikan oleh anggota tentera dalam melakukan apa-apa penugasan mereka demi negeri tercinta ini, dan dengan cara ini kita hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada petugas tentera ini,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Lemanak, Alfian Abu Bakar, Setiausaha Komuniti MADANI, Abdul Manan Abdul Latip dan ahli jawatankuasa Komuniti MADANI, Jafarudin Deraman.

  • Related Posts

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam. Sementara itu,…

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam…

    You Missed

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    280 gram ikan sembilang bawa pulang RM3,000

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    RM2.3 juta laksana tiga projek nelayan Kabong

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    KRT Taman Harmoni terus memain peranan jaga keselamatan

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT

    Perbanyakkan aktiviti libatkan golongan muda dalam KRT